PRUMy Medical Plus
Direka untuk keperluan anda
Penyelesaian menyeluruh menggunakan PRU With You sebagai pelan dasar. PRU My Medical Plus boleh memberi anda liputan jangka panjang untuk memenuhi keperluan perlindungan anda.
Dengan PRU My Medical Plus , anda mempunyai kefleksibelan untuk memilih pelan perubatan yang sesuai dengan keperluan unik anda - dari liputan perubatan asas yang memberi ganjaran kepada anda untuk kekal sihat, untuk liputan perubatan yang tinggi yang akan melindungi anda daripada peningkatan kos perubatan pada tahun-tahun yang akan datang .
Orang selalu mengambil mudah kesihatan baik yang mereka nikmati dan mengandaikan bahawa jikalau
sesuatu yang buruk akan berlaku pun, ia akan terjadi lambat lagi. Sehinggalah tiba harinya apabila mereka
mendapati diri mereka dibebani bil perubatan yang besar dan tidak bersiap sedia untuk menghadapinya.
Sebenarnya tiada siapa pernah terfikir bahawa mereka memerlukan insurans perubatan sehinggalah
peristiwa malang menimpa mereka.
Perkara ini benar terutamanya pada hari ini kerana kos perubatan meningkat setiap tahun.
Kadar inflasi
penjagaan kesihatan di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di Asia1
, dan ramai orang, terutamanya
dari kalangan generasi muda, perlu menampung kenaikan menampung kenaikan kos ini apabila mereka
meningkat tua.
Di Prudential, kami prihatin dan kami sedia membantu
Memperkenalkan PRUMy Medical Plus
PRUMy Medical Plus merupakan penyelesaian komprehensif menggunakan PRUWith You sebagai pelan
asas yang dapat memberikan perlindungan jangka panjang bagi memenuhi keperluan perlindungan anda.
Dengan PRUMy Medical Plus, anda mempunyai kefleksibelan untuk memilih pelan perubatan yang
memenuhi keperluan anda yang tersendiri – daripada perlindungan perubatan asas yang memberi
ganjaran kerana kekal sihat sehinggalah kepada perlindungan perubatan tinggi yang akan membantu
anda menangani peningkatan kos perubatan pada tahun-tahun akan datang.
Apa pun keperluan anda, kami mempunyai penyelesaian yang
tepat untuk anda
Pelan-pelan perubatan ini adalah tidak terbatal, yang bermaksud bahawa anda tidak perlu berasa
bimbang kerana mengetahui bahawa anda akan terus dilindungi walaupun keadaan kesihatan anda
mungkin berubah, asalkan polisi anda masih berkuat kuasa.
Bagaimana saya memilih pelan perubatan yang paling menepati keperluan saya?
Pelan perubatan kami adalah unik, setiap satunya memberi anda tahap perlindungan dan manfaat yang
berbeza, jadi anda boleh memutuskan apa yang paling sesuai dengan anda. Berikut adalah beberapa
manfaat penting yang patut anda cari dalam pelan perubatan anda.
Apakah kelayakan Bilik & Penginapan harian saya?
Setiap pelan perubatan disertakan pilihan Bilik & Penginapan untuk anda. Manfaat harian meliputi caj
bilik harian seperti yang dikenakan oleh hospital untuk kos penginapan, makan & minum dan kos jagaan
kejururawatan am sekiranya anda dimasukkan ke hospital.
Berapakah jumlah perlindungan perubatan saya di bawah pelan ini?
Banyak pelan insurans perubatan menetapkan had tahunan – had Ringgit ke atas tuntutan tahunan
bagi manfaat yang dilindungi; serta had seumur hidup – amaun Ringgit maksimum bagi jumlah
manfaat yang pelan perubatan akan bayar sepanjang hayat individu.
PRUValue Med memberikan anda perlindungan tanpa had bagi melindungi anda secara berterusan
sepanjang masa akan datang. Walau bagaimanapun, apabila jumlah tuntutan terkumpul yang dibayar
kepada anda melebihi Med Aras Nilai Perubatan (RM1 juta, 1.5 juta atau 2 juta), anda perlu membayar
20% daripada jumlah kos layak yang berlebihan. Pilih pelan PRUValue Med dengan Med Saver (di mana
anda hanya perlu membayar RM300 untuk mana-mana satu kehilangan upaya) untuk menikmati
penjimatan premium.
Apakah manfaat lain yang boleh saya dapat daripada pelan saya?
Bertentangan dengan kepercayaan ramai, pelan insurans perubatan bukan sahaja memberi perlindungan
semasa anda dimasukkan ke hospital. Ketiga-tiga pelan perubatan ini juga melindungi rawatan pesakit
luar seperti yang dinyatakan di bawah. Jadi, anda mempunyai pilihan berehat untuk pulih dengan lebih
selesa dan secara privasi di rumah sendiri.
Setiap pelan perubatan juga disertakan dengan manfaat nilai tambahan dan unik yang direka khusus
untuk menepati keperluan anda.
source:www.prudential.com.my
No comments:
Post a Comment