PRUMy Critical Care
Penjagaan orang lain bermula dengan anda
Penyelesaian menyeluruh dengan PRU With You sebagai pelan dasar. PRU My Critical Care menyediakan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif untuk memastikan anda mendapat rawatan yang anda layak dan membiarkan anda memberi tumpuan kepada pemulihan, supaya impian anda tetap dilindungi dan kehidupan orang yang anda sayangi tidak terjejas.
Di bawah PRU My Critical Care solusi, Total Multi Crisis Care rider menyediakan perlindungan dari awal hingga akhir penyakit kritikal peringkat dan membolehkan beberapa tuntutan hingga 400% dari jumlah penunggang dijamin.
Kesejahteraaninsan lain bermula dengan anda.
PRUMy Critical Care
Kami melindungi dengan pembayaran sekaligus kepada anda apabila ditimpa
penyakit kritikal.
Insurans Perlindungan.
PRUMy Critical Care
Sama ada ahli keluarga, kawan, atau selebriti, kita semua kenal akan seseorang yang pernah
menghidapi penyakit tidak dijangka yang mengancam nyawa seperti Kanser, Serangan
Jantung atau Strok / Angin Ahmar. Penyakit kritikal tidak mendiskriminasi dan boleh
menyerang pada bila-bila masa, tanpa mengenal usia. Oleh itu, kini ramai orang memilih
untuk melindungi diri dan keluarga mereka dengan memiliki sekuriti tambahan.
Anda mungkin mempunyai insurans perubatan yang terbaik, tetapi adakah ia mencukupi?
Anda mungkin ingin mendapatkan rawatan yang terbaik untuk pulih dari penyakit
kritikal, walaupun ia bermakna anda perlu mendapatkan rawatan lanjutan di luar negara
atau rawatan alternatif yang lain. Semasa anda dalam proses untuk pulih daripada
penyakit tersebut dan mengambil cuti dari kerja, perbelanjaan hidup masih berterusan.
Perlindungan penyakit kritikal akan membantu mengurangkan bebanan anda
dengan pembayaran sekaligus kepada anda, supaya anda boleh memberi tumpuan
untuk mendapatkan penjagaan sewajarnya dan yang terbaik.
Memperkenalkan PRUMy Critical Care
PRUMy Critical Care adalah penyelesaian komprehensif untuk perlindungan penyakit
kritikal anda dengan PRUWith You sebagai pelan asas dan Total Multi Crisis Care
sebagai rider penyakit kritikal utama.
PRUMy Critical Care menawarkan:
C :Perlindungan penyakit kritikal komprehensif yang memberikan
tuntutan berganda sehingga 400% jumlah diinsuranskan rider
A:Perlindungan Manfaat Istimewa tambahan untuk Keadaan
Berkaitan Diabetik dan Keadaan Berkaitan Sendi.
R: Perlindungan diagnosis semula untuk 3 penyakit kritikal utama:
Kanser, Serangan Jantung dan Strok / Angin Ahmar.
E:Perlindungan penyakit kritikal dari peringkat awal hingga
peringkat akhir, memastikan anda tetap dilindungi.
Manfaat utama untuk Total Multi Crisis Care
Di bawah penyelesaian PRUMy Critical Care, Total Multi Crisis Care memberikan
perlindungan komprehensif untuk penyakit kritikal sebanyak 160 keadaan sehingga
400% daripada jumlah diinsuranskan rider.
Perlindungan Penyakit Kritikal Awal
Pengesanan dan diagnosis awal penyakit kritikal meningkatkan peluang
untuk rawatan yang berjaya1
. Total Multi Crisis Care memberi perlindungan
untuk 101 keadaan penyakit kritikal awal (melindungi kedua-dua peringkat
awal & peringkat pertengahan) dengan membayar 50% daripada jumlah diinsuranskan rider apabila didiagnosis untuk keadaan yang dilindungi.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Apabila seseorang didiagnosis dengan penyakit yang mengancam nyawa,
keperluan kewangan adalah lebih besar daripada kos rawatan biasa. Seseorang
akan mahu mendapat rawatan terbaik dan paling lanjut yang mungkin
tidak dilindungi di bawah pelan perubatan biasa, dan pada masa yang
sama masih dapat menampung kos perbelanjaan hidup yang diperlukan. Total
Multi Crisis Care membayar 100% daripada jumlah diinsuranskan rider
apabila didiagnosis untuk penyakit kritikal peringkat akhir yang dilindungi.
Tuntutan Berganda sehingga 400% daripada jumlah diinsuranskan rider
Total Multi Crisis Care memberikan tuntutan berganda untuk penyakit kritikal
awal and penyakit kritikal peringkat akhir yang dilindungi sehingga 400%
daripada jumlah diinsuranskan rider. Tuntutan berganda adalah dibenarkan
untuk peringkat yang berbeza di bawah setiap kategori penyakit kritikal dengan
maksimum 100% daripada jumlah diinsuranskan rider bagi setiap kategori
penyakit kritikal. Satu-satunya pengecualian adalah untuk Kanser, Serangan
Jantung dan Strok / Angin Ahmar yang boleh dituntut dua kali*. Maksimum
4 tuntutan untuk penyakit kritikal awal adalah dibenarkan tertakluk
kepada RM200,000 seumur hidup.
Perlindungan diagnosis semula untuk Kanser, Serangan Jantung
dan Strok / Angin Ahmar
Kanser, Serangan Jantung dan Strok / Angin Ahmar adalah antara penyakit
kritikal yang paling lazim di Malaysia. Walaupun peluang untuk bertahan hidup
dan pulih daripada penyakit-penyakit tersebut adalah lebih tinggi sekarang
akibat kemajuan perubatan, seseorang mungkin didiagnosis dengan Kanser,
Serangan Jantung atau Strok / Angin Ahmar untuk kali kedua. Total Multi Crisis
Care juga memberi perlindungan apabila seseorang didiagnosis dengan
Kanser, Serangan Jantung atau Strok / Angin Ahmar yang berikut
sebelum umur 85 tahun, yang tidak berkaitan dengan diagnosis pertama*.
Ini bermakna Total Multi Crisis Care melindungi sehingga 200% daripada
jumlah diinsuranskan rider untuk kategori penyakit kritikal Kanser, Serangan
Jantung dan Strok / Angin Ahmar.
Perlindungan Tambahan untuk Manfaat Istimewa
20% daripada jumlah diinsuranskan rider akan dibayar apabila didiagnosis
untuk mana-mana satu daripada Keadaan Berkaitan Diabetik atau Keadaan
Berkaitan Sendi yang dilindungi. Manfaat Istimewa ini akan dibayar sekali
sahaja. Pembayaran untuk Manfaat Istimewa ini tidak akan mengurangkan
jumlah diinsuranskan rider.
source:www.prudential.com.my
source:www.prudential.com.my
No comments:
Post a Comment