Takaful ditakrifkan sebagai persetujuan bersama antara
pihak-pihak di mana mereka bersetuju untuk memberi bantuan material kepada satu
sama lain atau kumpulan, dalam waktu musibah. Perjanjian itu juga menetapkan
bahawa setiap pihak hendaklah terlebih dahulu bersetuju mengenai bentuk
sumbangan yang akan digunakan kemudian di atas dasar faedah bersama. Skim
Takaful memenuhi semangat perundingan Islam (Syariah) yang merupakan gabungan
konsep kerjasama, perlindungan dan tanggungjawab yang mereka laksanakan bersama.